KAEDAH ‘ULAMĀ’ BERINTERAKSI DENGAN SI QUṢṢĀṢ PENGLIPUR LARA AGAMA

Masyarakat awam sebahagiannya gemar mendengar kuliah, ceramah, forum, syarahan, muhadarah atau khutbah yang berbentuk jenaka. Atau paling tidak diselitkan dengan lawak yang akan meringankan perbincangan ilmiah yang nampak berat. Ada juga yang menambah cerita sedih atau duka ketika membicarakan perihal syurga dan neraka, membuatkan ada dikalangan yang hadir menangis dan tersentuh hati. Pada saya, tidak … Continue reading KAEDAH ‘ULAMĀ’ BERINTERAKSI DENGAN SI QUṢṢĀṢ PENGLIPUR LARA AGAMA

Lakaran Bulatan Sanad Yang Masyhur

Bulatan sanad-sanad hadith yang masyhur dari ṭabaqah al-Sahabah, al-Tābi‘īn dan yang meriwayatkan daripada mereka. Lakaran ini berpandukan kitab Al-Masyhūr min Asānīd al-Ḥadīth karangan oleh Doktor ‘Adīl bin ‘Abd al-Syakūr al-Zuraqī dan kata pengantar oleh al-Muḥaddith al-Syeikh ‘Abd Allāh bin ‘Abd al-Raḥmān al-Sa‘ad. Nombor yang bertanda merah merupakan sanad yang paling sahih dari riwayat sahabat tersebut … Continue reading Lakaran Bulatan Sanad Yang Masyhur

Sejarah dan Perkembangan Ulum al-Hadith

*Penulisan ini dihasilkan bagi memenuhi sebahagian tugasan Ijazah Sarjana (M.A) Hadith, subjek Sains al-Hadith di USM pada 20 November 2017. Alhamdulillah, bersyukur di atas usaha para ulama salaf al-saleh serta ulama yang terkemudian daripadanya yang telah menyebarkan al-sunnah dari generasi ke generasi. Mereka kemudian menyusun kaedah-kaedah ilmu al-riwayah serta mengumpulkannya dalam buku secara tersusun yang … Continue reading Sejarah dan Perkembangan Ulum al-Hadith

Taubat Penjenayah Menjadi Ulama Dunia

Satu hari saya berborak dengan isteri tercinta. Beliau bertanyakan kepada saya, "Abang, possible ke kalau orang tu jahat, kemudian dia insaf taubat, lepas tu jadi orang hebat macam alim ulama?". Mendengar soalan si isteri membuatkan saya tersenyum. Ini jawapan saya : Ya, benar. Tidak mustahil seorang pendosa menjadi seorang ulama. Bahkan pernah direkodkan di dalam … Continue reading Taubat Penjenayah Menjadi Ulama Dunia

Ketokohan Umar Al-Khattab Dalam Periwayatan Hadith

Kerja kursus ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan Ijazah Sarjana (M.A) Hadith, subjek Tokoh Periwayatan Hadith di USM pada 15 Mei 2017. Pendahuluan Setelah Baginda Nabi s.a.w wafat, Baginda meninggalkan kepada seluruh umat manusia dua panduan yang menjadi penyuluh bagi seluruh umatnya dalam menghadapi mehnah dan ujian. Ini jelas berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik … Continue reading Ketokohan Umar Al-Khattab Dalam Periwayatan Hadith

Apakah agama yang tertua di dunia?

Bagi menjawab persoalan ini, saya cerakinkan kepada beberapa noktah penting. Islam adalah agama tertua. Islamlah agama pertama dan tertua di atas muka bumi ini. Ramai masyarakat terkeliru mendakwa Islam hanya mula wujud pada sekitar 1400 tahun ketika kenabian Muhammad s.a.w. Islam sudah ada sejak manusia pertama menjejakkan kaki di muka bumi dan nabi-nabi yang terkemudian … Continue reading Apakah agama yang tertua di dunia?

Ziarah Kubur Hari Raya; Antara larangan & keharusan

Bismillah al-Rahman al-Rahim. Pertama, hari raya merupakan hari umat Islam menzahirkan kegembiraan, bertakbir membesarkan Allah s.w.t, bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Malah pada hari ini, kita diizinkan dan diharuskan untuk berhibur selagi mana dalam lingkungan patuh syariah. Sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadith ‘Aisyah r.a bahawa pada hari aidil fitri, Abu Bakr masuk ke … Continue reading Ziarah Kubur Hari Raya; Antara larangan & keharusan

“Boleh saya bertanya?” (Berdasarkan Kisah Nabi Musa dan Pemuda Soleh di dalam Surah Al-Kahfi)

Sila rujuk surah al-Kahfi bermula dari ayat 60 sehingga ayat 82 yang telah merakamkan kisah yang penuh pengajaran ini. Secara ringkas kisah ini menceritakan tentang Nabi Musa yang berjalan bersama pemuda soleh (yang kenali sebagai Nabi Khidir menurut Ibn Kathir, ada juga yang mengatakan beliau adalah Yusha' bin Nun, ada sebahagian mufassirin tetap berpegang dengan … Continue reading “Boleh saya bertanya?” (Berdasarkan Kisah Nabi Musa dan Pemuda Soleh di dalam Surah Al-Kahfi)

Perahan Masa & 4 Ciri Orang Yang Berjaya

Penulisan ini adalah ringkasan dan olahan dari bacaan saya berkenaan bab pertama dari buku "Al-Khuttoh Al-Barraqah, Syeikh Dr Solah Al-Khalidi". بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ﴿ وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴾ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia … Continue reading Perahan Masa & 4 Ciri Orang Yang Berjaya

Sunnah Dan Peranannya Dalam Kehidupan Muslim

Kertas kerja ini dibentangkan pada Muzakarah At-Thaqofah As-Syar’iyyah anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) Jordan, bertarikh 9 April 2016, bertempat di Bayt Etihad, Pejabat Rasmi ISMA Jordan Pendahuluan Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya bahawa panduan hidup kita hanyalah berpaksikan dua sumber utama, iaitu al-Quran dan sunnah. Tanpa dua pegangan ini, maka tidak lengkaplah hidup kita malah … Continue reading Sunnah Dan Peranannya Dalam Kehidupan Muslim